Dec 27, 2015

Serigala Kawaii (?)


Big Bad Wolf



Comic Fiesta


Assalamualaikum~

2 acara, beza 2 minggu, 1 tempat yang sama. Anggap saja camera shot yang atas dan bawah tu bertentang mata. Cinta pandang pertama.

Serigala Kawaii....?



Dec 19, 2015

Review: Sotong (?)



Apa agaknya perasaan kita kalau murid-murid sekolah diajar oleh seekor sotong?

Makhluk asing?
Hampir tak terkalah (invincible)?
Baru musnahkan......

Aku cuma tengok versi live action waktu dalam flight hari tu. Anime tak tengok. Manga apatah lagi.

Konsep, memang boleh tarik ibu jari naik ke atas. Cuma, plot live action agak mudah untuk diagak jalan ceritanya. Semacam Ultraman?

Apa-apa pun, NAH. Boleh tengok.

Dec 3, 2015

Satu Idea Pendek: Overkill (~)



Peribahasa lama: Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Peribahasa baharu: Marahkan pengganas, satu negara dibom.

Dec 2, 2015

Satu Idea Pendek: Tangga (!)



Kita hidup ni macam naik tangga ke?

Merujuk pada gambar pinjaman Google di atas, kita ada RISE dan GOING. Bila kita terasa bersemangat, berapi-api macam Super Saiya, mungkin kita tengah melalui fasa RISE.



Nak jugak. Sumber.


Dan bila kita rasa tengah down, pishang ataupun yang seangkatan, mungkin kaki-kaki kita tengah di atas GOING la tu.

+Satu lagi. NOSING tu?

NOSING tu kira macam ujian, masalah, assignment, dalam drama kita. Boleh jadi sakit, tersadung, takpun tergelincir.


Nak lagi real, boleh training panjat Batu Caves sana~