Nov 13, 2015

Dua Mata (~)


Salamun 'alaik!

Haaa....di atas tu namanya pedang dua mata. Tak bermakna pedang tu boleh melihat mahupun perlukan kaca mata jikalau mereka rabun. Ianya bermakna mereka boleh memotong dari kedua-dua arah yang berlawanan.

Mungkin boleh letak 'pedang dua gigi'?

Apa-apa pun, sudah tamat sistem pembelajaran aku di Portsmouth. Babai wahai bandar pelabuhan yang begitu landai sekali tanahmya, bandar yang bangunannya sangat merendah diri.


- Aik, belajar setahun je ke??




Haa....jangan tak tahu.

Kena balik atas sebab-sebab tertentu.
Sebab yang selalunya membuatkan orang yang menghadapinya akan menangis teresak-esak, tak pun terasa down macam kena tinggal cewek/cowok. Manusia yang mendengar berita sebegitu pula, mungkin selalunya akan mencebik ataupun akan terdengar sindiran-sindiran pedas-ala-ala-tajam gitu.

Tapi bagi aku, jalan cerita sebegini macam dah selalu terjadi. Semacam ada arithmetic pattern dalam kehidupan pendidikan.

Di mana ceritanya akan membabitkan dua buah institusi pendidikan untuk setiap peringkat pendidikan.

2 tadika
2 sekolah rendah
2 sekolah menengah
2 pusat persediaan

Dan sekarang, aku sedang berusaha untuk melengkapkan 2 lagi kuota: universiti dan sponsor. Tolong dipermudahkan urusan......ameen.

Lagipun,

rezeki,
pengalaman,
ilmu,
persahabatan,

duduk sini selama 10 bulan mungkin tahap maksima yang ALLAH dah tetapkan. Lebih bermakna berbanding kalau aku duduk selama 3 tahun~~



*manusia yang sedang terus atas satu jalan,
aku sedang di persimpangan yang punya banyak pilihan.....

1 comment:

  1. and here i am, stumbled upon a post similar to myself right now..
    Allah knows best huh. may our trust in Him will never fade. Ask Him and He'll surely answer.

    ReplyDelete